Thursday, May 20, 2010

sElAmAt HaRi GuRu

SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!

Pada hari Isnin yang lepas,sekolah saya, iaitu,Sekolah Kebangsaan Gangga telah mengadakan suatu sambutan,iaitu sambutan hari guru.Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan meriah.Setiap kelas diminta untuk mempersembahkan satu persembahan untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar mereka.Persembahan yang dipersembahkan sangat menarik sekali.
Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan bola jaring dan bola sepak.Perlawanan yang diadakan sangat sengit sekali.Bagi permainan bola jaring,pasukan murid telah mendapat gelaran JUARA dengan menjaringkan bola sebanyak 15-13.Selain itu, bagi permainan bola sepak pula pasukan guru telah mendapat gelaran JUARA dengan menjaringkan gol sebanyak 2-1.
Di samping itu,guru besar telah memberikan ucapan yang dapat memberikan kesan yang positif kepada murid sekolah pada zaman sekarang.Tidak lupa juga kepada cikgu mior dan cikgu zaini kita yang akan bersara tidak lama lagi.Maka berakhirlah zaman meraka sebagai seorang pendidik yang menaburkan banyak jasa terhada sekolah kita ini.
Acara yang terakhir ialah pertukaran hadiah sesama guru (bukan untuk murid tau...).Ada hadiah yang besar,yang kecil,yang murah,mahupun yang mahal (tidak kiralah).Namun bagi seorang guru ianya merupakan suatu penghargaan yang besar.Sekianlah laporan saya pada hari ini.Kita sambung warkah kita pada hari yang lain pula.